Kemarahaan ke
Tanah Melayu di Pantai Barat
8 Disember - 18
Disember 1941
Laluan Tentera Jepun menjajah Tanah Melayu ke
arah Singapura.
8 Disember - 18
Disember 1941
Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat pada tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat
antara tentera India British dan tentera Jepun, dalam hanya sejam sebelum berlakunya
serangan di Pearl Harbor. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang
Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu.
Pihak Jepun mengalami jumlah pengorban yang banyak tetapi gelombang demi gelombang
penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ,
mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama,
pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl "Pearl
Harbor" melalui udara.
Pihak Jepun
berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Patani, Butterworth dan Alor Star pada
9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan
HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu dan menuju ke arah tempat
pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat
Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan
kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam
masa yang singkat.
Letupan USS Shaw selepas dibom oleh tentera
Jepun di ‘Pearl Harbor’
Melalui Kawasan
Kota Bharu
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu
berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke
Kuantan, dan satu lagi ke selatan menujui Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941,
pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan
kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke
selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada
pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.
Dari video ini:
1. Apakah yang anda faham dalam video ini?
2. Kenapa penjajah Jepun memusnahkan alat kemunikasi British?
3. Kenapa Jepun berminat terhadap Singapura?
Melalui Kawasan
Utara di Thailand
-
Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailad pada 8
Disember 1941.
-
Tentera terus mara ke Jitra, Kedah.
-
Tentera berpecah dua.
-
Satu pasukan ke Pulau Pinang dn terus mara ke selatan melalui
persisiran pantai barat.
-
Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di
negeri pantai barat.
Melalui Kawasan
Sarawak dan Sabah
-
Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember
1941.
-
Berpecah kepada dua pasukan.
-
Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu.
-
Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan.
- Kemudian mara ke kawasan persisiran pantai kedua-dua negeri terutama di
bandar-bandar besar.
-
Tiada penentangan terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan
Sabah.
Borneo Utara
Pada 1hb Januari 1942, tentera Jepun mendarat
di Pulau Labuan. Matlamatnya untuk menakluk Borneo Utara supaya dicapai dengan pantas.
Pada 16hb Mei 1942, negeri ini jatuh ke tangan Jepun. Di
bawah pentadbiran Jepun, ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
Persisiran Pantai Barat termasuk pendalaman dan bandar Kudat dinamakan Sheikai
Shiu dan bahagian Persisiran Pantai Timur dinamakan Tokai Shiu.
Pendudukan ini ditentang oleh
kumpulan-kumpulan guerila. Antara penentangan yang dilakukan adalah Guerila
Kinabalu yang diterajui Albert Kwok di Persisiran Pantai Barat dan satu lagi
dipimpin oleh Datu Mustapha pada bahagian utara. Gerila Kinabalu
terhapus dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Kwok dan ahli-ahli sekutunya
di Petagas pada tarikh 21hb Januari 1944.
Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula
pada 9hb Jun 1945 apabila Divisi Kuasa Imperial Australia ke-9 menyerang
kedudukan Jepun di Labuan.
Perang yang berlaku di Borneo Utara tamat dengan penyerahan kalah rasmi
oleh Leftenen Jeneral Masao Baba di Pulau Labuan pada 10hb September 1945, Kolonel
Elimus di Papar pada 15hb September 1945 dan Majer Akashi di Beaufort pada 17hb
September 1945. Ini merupakan hasil pengeboman bersama Pasukan Perikatan
(Australia, British, Amerika Syarikat dan New Zealand) yang dalam prosesnya
juga memusnahkan bandar-bandar Sandakan, Jesselton dan Labuan.
1
Februari - 15 Februari 1942
Pihak Jepun menguasai angkasa dan mengebom Singapura. Pemindahan orang awam berjalan, antaranya melalui kapal
Felix Russell. Kapal itu berlayar pada 6 Februari dan berlabuh di Bombay,
India, pada 22 Februari. Kapal lain seperti Empress Asia tidak begitu bernasib
baik dan ditenggelamkan dalam perjalanan.
Divisyen Ke-18 British dan Divisyen Ke-11 India telah
berundur ke Singapura secara berperingkat, bertempur kemudian berundur. Dalam
proses tersebut, jumlah mereka semakin berkurang . Mereka digabung
dengan unit lain dan ditempatkan di kawasan utara Singapura sepanjang
persisiran timur laut. Penempatan meriam Jepun tersorok di dalam hutan
berhadapan dengan Selat Johor. Meriam-meriam Jepun itu dapat dipindahkan dengan
pantas melalui jalan yang baru dibina dalam hutan, dan dengan peta kedudukan
musuh yang mereka memiliki, mampu bergerak dengan pantas ke kedudukan yang
berkesan.
Pada 7 Februari 1942, pihak Jepun memulakan serangan
mereka ke atas Singapura dengan mendarat di pulau kecil Pulau Ubin bagi
menumpukan tembakan kencang pada Changi. Di sebelah barat laut tentera
Australia dibom. Pada 8 Februari, tentera Jepun menjajah melalui barat laut,
dan pertempuran jarak dekat secara berhadapan berlaku. Pada sebelah pagi 10
Februari, tentera Jepun berjaya menjejakk kaki di pulau Singapura. Di barat
laut Singapura, Rejimen Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi
dengan kelengkapan yang serba kekurangan berjuang
menentang bilangan musuh yang jauh lebih banyak daripada Divisyen Ke-18.
Mereka menentang sehingga ketitisan darah terakhir dan hampir keseluruhan
anggota mereka terkorban. Tentera Jepun kemudiannya mara ke sasaran berikutnya,
iaitu lapangan terbang Tengah. Ketika pertempuran merebut lapangan terbang
tersebut berlaku, serangan baru Jepun bermula dari arah muara Kranji sehingga
Tambak Johor. Dari lapangan terbang Tenrah, pasukan tentera Jepun bergerak ke
selatan dan pada 10 Februari 1942, Bukit Timah diserang dan akhirnya ditawan
pada 11 Februari.
Pihak Berikat terpaksa berundur ke bandar Singapura di
mana mereka dibom tanpa kasihan oleh tentera Jepun. Pada 15 Februari, tentera
Jepun menumpu ke bandar. Tentera Pihak Berikat terus bertempur dengan gigih,
tetapi mendapati diri mereka berada dalam keadaan semakin terdesak. Akhirnya,
arahan diberikan untuk Pihak Berikat menyerah tanpa syarat. Pada 6.10 petang 15
Februari 1942, Jeneral Arthur Ernest Percival menandatangani dokumen menyerah
diri.
No comments:
Post a Comment