Monday 17 August 2015

Cara Kemarahan Tentera Jepun

1.    Menggunakan kapal terbang perang
-       Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
-       Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun


2.    Menggunakan kereta kebal penggempur
-       Berjaya memaksa tentera British berundur
- Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan


3.    Menggunakan bot
-       Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai.

4.    Menggunakan basikal
-       Tujuan mempercatkan perjalanan tanpa disedari pihak British.

-       Basikal mudah untuk melalui jaln sempit.


Kemarahan Tentera Jepun di Tanah Melayu

Kemarahaan ke Tanah Melayu di Pantai Barat
8 Disember - 18 Disember 1941
Laluan Tentera Jepun menjajah Tanah Melayu ke arah Singapura.

8 Disember - 18 Disember 1941
Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat pada tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, dalam hanya sejam sebelum berlakunya serangan di Pearl Harbor. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah pengorban yang banyak tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl "Pearl Harbor" melalui udara.

Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Patani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu dan menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Letupan USS Shaw selepas dibom oleh tentera Jepun di ‘Pearl Harbor’

Melalui Kawasan Kota Bharu
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menujui Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.


Dari video ini:
1. Apakah yang anda faham dalam video ini?

2. Kenapa penjajah Jepun memusnahkan alat kemunikasi British?

3. Kenapa Jepun berminat terhadap Singapura?

Melalui Kawasan Utara di Thailand
-       Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailad pada 8 Disember 1941.
-       Tentera terus mara ke Jitra, Kedah.
-       Tentera berpecah dua.
-       Satu pasukan ke Pulau Pinang dn terus mara ke selatan melalui persisiran pantai barat.
-       Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri pantai barat.

Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
-       Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941.
-       Berpecah kepada dua pasukan.
-       Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu.
-       Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan.
-       Kemudian mara ke kawasan persisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar.
-       Tiada penentangan terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah.

Borneo Utara
Pada 1hb Januari 1942, tentera Jepun mendarat di Pulau Labuan. Matlamatnya untuk menakluk Borneo Utara supaya dicapai dengan pantas. Pada 16hb Mei 1942, negeri ini jatuh ke tangan Jepun. Di bawah pentadbiran Jepun, ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian Persisiran Pantai Barat termasuk pendalaman dan bandar Kudat dinamakan Sheikai Shiu dan bahagian Persisiran Pantai Timur dinamakan Tokai Shiu.
Pendudukan ini ditentang oleh kumpulan-kumpulan guerila. Antara penentangan yang dilakukan adalah Guerila Kinabalu yang diterajui Albert Kwok di Persisiran Pantai Barat dan satu lagi dipimpin oleh Datu Mustapha pada bahagian utara. Gerila Kinabalu terhapus dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Kwok dan ahli-ahli sekutunya di Petagas pada tarikh 21hb Januari 1944.
Pembebasan daripada cengkaman Jepun bermula pada 9hb Jun 1945 apabila Divisi Kuasa Imperial Australia ke-9 menyerang kedudukan Jepun di Labuan.
Perang yang berlaku di Borneo Utara tamat dengan penyerahan kalah rasmi oleh Leftenen Jeneral Masao Baba di Pulau Labuan pada 10hb September 1945, Kolonel Elimus di Papar pada 15hb September 1945 dan Majer Akashi di Beaufort pada 17hb September 1945. Ini merupakan hasil pengeboman bersama Pasukan Perikatan (Australia, British, Amerika Syarikat dan New Zealand) yang dalam prosesnya juga memusnahkan bandar-bandar Sandakan, Jesselton dan Labuan.

1 Februari - 15 Februari 1942
Pihak Jepun menguasai angkasa dan mengebom Singapura. Pemindahan orang awam berjalan, antaranya melalui kapal Felix Russell. Kapal itu berlayar pada 6 Februari dan berlabuh di Bombay, India, pada 22 Februari. Kapal lain seperti Empress Asia tidak begitu bernasib baik dan ditenggelamkan dalam perjalanan.

Divisyen Ke-18 British dan Divisyen Ke-11 India telah berundur ke Singapura secara berperingkat, bertempur kemudian berundur. Dalam proses tersebut, jumlah mereka semakin berkurang . Mereka digabung dengan unit lain dan ditempatkan di kawasan utara Singapura sepanjang persisiran timur laut. Penempatan meriam Jepun tersorok di dalam hutan berhadapan dengan Selat Johor. Meriam-meriam Jepun itu dapat dipindahkan dengan pantas melalui jalan yang baru dibina dalam hutan, dan dengan peta kedudukan musuh yang mereka memiliki, mampu bergerak dengan pantas ke kedudukan yang berkesan.




Pada 7 Februari 1942, pihak Jepun memulakan serangan mereka ke atas Singapura dengan mendarat di pulau kecil Pulau Ubin bagi menumpukan tembakan kencang pada Changi. Di sebelah barat laut tentera Australia dibom. Pada 8 Februari, tentera Jepun menjajah melalui barat laut, dan pertempuran jarak dekat secara berhadapan berlaku. Pada sebelah pagi 10 Februari, tentera Jepun berjaya menjejakk kaki di pulau Singapura. Di barat laut Singapura, Rejimen Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi dengan kelengkapan yang serba kekurangan berjuang menentang bilangan musuh yang jauh lebih banyak daripada Divisyen Ke-18. Mereka menentang sehingga ketitisan darah terakhir dan hampir keseluruhan anggota mereka terkorban. Tentera Jepun kemudiannya mara ke sasaran berikutnya, iaitu lapangan terbang Tengah. Ketika pertempuran merebut lapangan terbang tersebut berlaku, serangan baru Jepun bermula dari arah muara Kranji sehingga Tambak Johor. Dari lapangan terbang Tenrah, pasukan tentera Jepun bergerak ke selatan dan pada 10 Februari 1942, Bukit Timah diserang dan akhirnya ditawan pada 11 Februari.


Pihak Berikat terpaksa berundur ke bandar Singapura di mana mereka dibom tanpa kasihan oleh tentera Jepun. Pada 15 Februari, tentera Jepun menumpu ke bandar. Tentera Pihak Berikat terus bertempur dengan gigih, tetapi mendapati diri mereka berada dalam keadaan semakin terdesak. Akhirnya, arahan diberikan untuk Pihak Berikat menyerah tanpa syarat. Pada 6.10 petang 15 Februari 1942, Jeneral Arthur Ernest Percival menandatangani dokumen menyerah diri.

Faktor Jepun menjadi Kuasa imperialis

Pendudukan Jepun bermula pada tahun 1942 sehinggalah 1945…

Faktor Jepun menjadi kuasa imperialis
1. Maharaja Mikado Meiji – ingin memodenkan Jepun
2. China – ada bahan mentah dan berpotensi pasaran
3. Mempunyai keyakinan yang besar  sebab Jepun telah menang dalam Perang Rusia-Jepun 1905
4. Masalah ekonomi di Jepun
5. Pertambahan penduduk Jepun
6. Tanah pertanian di Jepun berkurangan.
7. Perlu bahan mentah spt petroleum, bijih timah dan getah.
8. Perlu pasaran baru untuk hasil perindustriannya.
9. Gol. tentera pimpinan Jeneral Tojo serang Asia Tengggara untuk bebaskan drp sekatan ekonomi.

Slogan Pihak Jepun –
i. “Asia untuk Orang Asia”,

ii. “Semangat Asia”,

Soalan:
1. Apakah slogan yang digunakan oleh Jepun untuk mendekati masyarakat Tanah Melayu?

2. Faktor-faktor yang lain Jepun menjadi kuasa imperialis selain faktor yang diterangkan di atas?